Members
Thursday, 22 August 2013
Wednesday, 21 August 2013
~ BIARKAN ~
BIARKAN
Adakah engkau mengerti
tentang sebuah puisi
yang kugerbangkan di alam maya
dalam bahasa yang kuyakini
dan lahir dari nuraniku.
Bicaraku sama
cuma aksaraku berbeza
dalam susunan bahasa
yang menunjang barisan kata
untuk aku bercerita
tentang semua rasa.
Andai ada ragu
pada dendangan ilhamanku
biarkan ianya di situ
kerana bila tiba waktunya
akan tersingkaplah segalanya
rahsia sebuah karya
juga rahsia sebuah hati.
Qalam Bertinta
Klang
21082013
2309pm
Adakah engkau mengerti
tentang sebuah puisi
yang kugerbangkan di alam maya
dalam bahasa yang kuyakini
dan lahir dari nuraniku.
Bicaraku sama
cuma aksaraku berbeza
dalam susunan bahasa
yang menunjang barisan kata
untuk aku bercerita
tentang semua rasa.
Andai ada ragu
pada dendangan ilhamanku
biarkan ianya di situ
kerana bila tiba waktunya
akan tersingkaplah segalanya
rahsia sebuah karya
juga rahsia sebuah hati.
Qalam Bertinta
Klang
21082013
2309pm
~ WAJAH ITU ~
WAJAH ITU
Di situ
ada wajah
membias pandangannya
ada kerut
di lapangan dahinya
ada pertanyaan
di mata hitamnya
ada paksa
di sebaris senyumnya.
Wajah itu
ada pamitan
melambai makna
ada undangan
minta dipenuhi
ada marah
cuba disembunyi
ada gurindam
berlagu sendiri.
Wajah itu
aku yang mencipta
...khayalan
tapi bukan ilusi.
Qalam Bertinta
Klang
21082013
1209pm
~ MEMIMPIN MIMPI ~
MEMIMPIN MIMPI
Aku berlari mengejar mimpi
dalam nyata yang membingungkan
siang tersenyum mengejek
aku di situ
cuba memimpin mimpi
membawa ke tabung malam
pun dermaga malam timpas
lanarnya hanyir
bauannya memerangkap fikir
dan mimpi pun tersadung di akar siang.
Denting malam bergemerincing
ada gema di lagun tanya
masih memerangkap fikir
beting jawab termanggu
menanti nyanyian mimpi
untuk sebuah jawapan.
Qalam Bertinta
Klang
21082013
0937am
Aku berlari mengejar mimpi
dalam nyata yang membingungkan
siang tersenyum mengejek
aku di situ
cuba memimpin mimpi
membawa ke tabung malam
pun dermaga malam timpas
lanarnya hanyir
bauannya memerangkap fikir
dan mimpi pun tersadung di akar siang.
Denting malam bergemerincing
ada gema di lagun tanya
masih memerangkap fikir
beting jawab termanggu
menanti nyanyian mimpi
untuk sebuah jawapan.
Qalam Bertinta
Klang
21082013
0937am
Monday, 19 August 2013
~ RESAH ~
RESAH
Bingkai resah itu
masih tergantung
cerminnya retak
ada darah yang menitis
cair...tidak membeku
kelukaan yang panjang
parah
tapi tidak membunuh.
Resah hati itu
masih ada
berbicara
diam
ada senyum...selarik
ada tawa...siuman.
Bingkai itu masih di situ
…aku tidak peduli.
Qalam Bertinta
Klang
19082013
1157am
~ MATI ~
MATI
Sunyi itu
memecah, terpecah
bukit ikhlas runtuh
kerikil menyanyi perlahan
longsorannya terhenti
mati.
Ladang itu milik kita
di bawah bukit, indah
sungai menyonsang arus
airnya terbakar, dingin
rumput dan ilalangnya
mati.
Kerikil masih menyanyi, bernafas
...mati.
Qalam Bertinta
Klang
18082018
2117pm
Sunyi itu
memecah, terpecah
bukit ikhlas runtuh
kerikil menyanyi perlahan
longsorannya terhenti
mati.
Ladang itu milik kita
di bawah bukit, indah
sungai menyonsang arus
airnya terbakar, dingin
rumput dan ilalangnya
mati.
Kerikil masih menyanyi, bernafas
...mati.
Qalam Bertinta
Klang
18082018
2117pm
Sunday, 18 August 2013
~ PANAH CINTAKU ~
PANAH CINTAKU
Kupanah cintamu
yang terbang ke langit
...tersasar.
Di beranda pelangi
anak panahku disapa
:cintamu hilang
di tangga pelangi.
Qalam Bertinta
Klang
18082013
1229pm
Subscribe to:
Posts (Atom)



