~ Di Penghujung Rinduku Ini...Kumenanti Kasihmu ~
Di saat aku terdampar sepi dalam kelam
meniti hari demi hari detik demi detik
mengharap sinar cahaya kasih impian
membisik kata-kata rindu di telingaku
menggebu asa di pangkuan cinta
biarkan lavender cinta mengharum di sisi
menghidup dalam impian kalbu kasih
menyemarak angsana rindu di pohon
menyelubungi rendangnya pepohonan
di sukma romantis
walau dibayangi wajah kekasih di dada ini
gemawan rindu bagai rawan pilu hiba
resah gelisah ditandu mengusik nurani
membuncah rindu ke dasar tasik cinta
lemas jua di penjuru kerinduan
wada'ah sentuhan cinta dirasa berseri suci
menyulam tenunan kasih siulan rinduku
menyelimuti pesona hembusan berkasih
tika panorama pun turut bersaksi ritma
nyanyian syahdu percintaan
kasih sayang yang dibaluti kesetiaanmu
keikhlasanku membaluti rindu yang dipegun
tatkala diucap dalam azimat cinta luhur
terpanah jiwa dalam debaran perkasihan
membelai cakrawala pencinta dihiasimu
di muara rindu saat di kejauhan, tertancap
ranggi cinta dalam embunan ciptaanmu
meluah kasih di kamar usangku, terkedu
aku di penghujung kesendirian, dimamah
lara kerinduan
puing deruan kerinduan mencium pipimu
mengucup ubun kasmaran kasih dipalu
menguntum senyuman indah bila cinta
tergenggam erat beriringan jari jemari
merimbun putik bunga-bunga di jiwa
kelu cinta tersingkap panahan jiwa sakti
dilakar ukiran rindu lukisan hati dilafaz
memandang kasih gelora di hati dibuai
rebah terharu ke dakapan hangat disapa
asyiknya terleka bila dipuja, disayangi
di puncak merindu kutitipkan segugus
cinta abadi, moga terpatri ikatan kasih
yang tiada akan terlerai, berharap itu
adalah kemilau rindu menyuluh jiwamu
jiwaku
di mata hati ini kubentangkan permaidani
kasih di mahligai teguh ikrar merindu
lembayung kekasih kupenuhi dengan
tinta coretan berkasih di dinding teja
berkemuning kemilau jingga cintamu
diufuk metafora gemersik hati...
'Di Penghujung Rinduku Ini...Kumenanti Kasihmu'...cinta bersemi setia di jiwa...
22hb Oktober 2013 Selasa
8.26pm
cahayasyahadah♥♥
Members
Tuesday, 22 October 2013
~ BUKAN KAMU ~
BUKAN KAMU
Laman duka itu kujelajah
basah…berlembah
ada sungai airmata di situ
tebingnya runtuh
hanyut ke muara
digigit gigi-gigi air
:pasrah.
Airnya beralun
lemah…lelah
ada luka yang dibawa
darahnya masih segar
memercik ke dasar
tenggelam
jadi kisah.
Pun di ujung airmata itu
ada aku
menunggu
:bukan kamu.
Qalam Bertinta
Klang
22102013
1443pm.
Laman duka itu kujelajah
basah…berlembah
ada sungai airmata di situ
tebingnya runtuh
hanyut ke muara
digigit gigi-gigi air
:pasrah.
Airnya beralun
lemah…lelah
ada luka yang dibawa
darahnya masih segar
memercik ke dasar
tenggelam
jadi kisah.
Pun di ujung airmata itu
ada aku
menunggu
:bukan kamu.
Qalam Bertinta
Klang
22102013
1443pm.
~ MENTARIKU ~
~ Mentariku ~
( Anna Dahlia )
sinaran mentari pagi
sungguh segar berseri
menerangi alam muka bumi
jiwaku mekar mewangi
bila dirmu berada di sisi
dunia kelam bercahaya kembali
mentari petang di kaki senja
menutup tirai siang kala
kututup mata pandangan jiwa
pada wanita lain di luar sana
hanya dikau seorang yang kupuja
penawar rindu belahan jiwa
puncak mahligai dikau bertahta ...
BfAnna
Taiping ~22/10/2013
http://youtu.be/O_ef5sP17r0
( Anna Dahlia )
sinaran mentari pagi
sungguh segar berseri
menerangi alam muka bumi
jiwaku mekar mewangi
bila dirmu berada di sisi
dunia kelam bercahaya kembali
mentari petang di kaki senja
menutup tirai siang kala
kututup mata pandangan jiwa
pada wanita lain di luar sana
hanya dikau seorang yang kupuja
penawar rindu belahan jiwa
puncak mahligai dikau bertahta ...
BfAnna
Taiping ~22/10/2013
http://youtu.be/O_ef5sP17r0
Monday, 21 October 2013
~ ENGKAU BUKAN UNTUKKU ~
ENGKAU BUKAN UNTUKKU
Kenangan itu sentiasa ada
kerana di setiap helaan nafasnya
kita pernah bersama
dalam hembusan yang satu
melakar tinta suka dan duka
biarpun jarang berbicara
namun antara kita telah lama mengerti
ada cinta yang telah terbina
ada rindu yang datang menyapa
dan kita jatuh dalam asyiknya asmara.
Kita telah mencuba
membina pelamin nyata
untuk bersama duduk di atasnya
dengan siraman aroma cinta
yang kita adun
dalam rasa yang sama
namun kecundang
bila jarak mencipta alasan.
Kini
kuselak helai demi helai
akan setiap lembarannya
dan di helaian terakhirnya
kutemui satu jawapan
...engkau tercipta bukan untukku.
Qalam Bertinta
Klang
21102013
2151pm
Kenangan itu sentiasa ada
kerana di setiap helaan nafasnya
kita pernah bersama
dalam hembusan yang satu
melakar tinta suka dan duka
biarpun jarang berbicara
namun antara kita telah lama mengerti
ada cinta yang telah terbina
ada rindu yang datang menyapa
dan kita jatuh dalam asyiknya asmara.
Kita telah mencuba
membina pelamin nyata
untuk bersama duduk di atasnya
dengan siraman aroma cinta
yang kita adun
dalam rasa yang sama
namun kecundang
bila jarak mencipta alasan.
Kini
kuselak helai demi helai
akan setiap lembarannya
dan di helaian terakhirnya
kutemui satu jawapan
...engkau tercipta bukan untukku.
Qalam Bertinta
Klang
21102013
2151pm
~ TELAGA ILHAMKU KONTANG ~
TELAGA ILHAMKU KONTANG
Kujengah telaga ilham
nun jauh ke dalam
…gelap
lalu kujatuhkan timba fikir
…kontang
suaranya bergema
…kosong
dan di pinggirnya
kain basahan kugantung
…kering.
Daun-daun getah berserakan
sehelainya kukutip
…layu
kembali kujengah telaga ilham
masih kontang
dan aku tenggelam di dalamnya.
Qalam Bertinta
Klang
21102013
1225pm
Kujengah telaga ilham
nun jauh ke dalam
…gelap
lalu kujatuhkan timba fikir
…kontang
suaranya bergema
…kosong
dan di pinggirnya
kain basahan kugantung
…kering.
Daun-daun getah berserakan
sehelainya kukutip
…layu
kembali kujengah telaga ilham
masih kontang
dan aku tenggelam di dalamnya.
Qalam Bertinta
Klang
21102013
1225pm
~ AKU TIDAK PEDULI ~
Aku tidak peduli.
Aku tidak peduli
walau puisiku dipandang sepi
yang penting aku menulis dari hati.
Aku tidak peduli
kalau puisiku disalah erti
kerana bahasaku bahasa sepi.
Aku tidak peduli
walau aku tidak disanjungi
kerana aku tetap ada harga diri.
Aku tidak peduli
Bagaimana? Apa? Siapa?
yang penting aku menulis
kerana itulah keinginanku.
Aku tidak peduli
kerana sejak azali
beginilah caraku meluahkan rasa hati
maupun menyembunyikan
kisah yang tersurat.
Cahaya Laila
21 Okt 2013
Klang Selangor
Aku tidak peduli
walau puisiku dipandang sepi
yang penting aku menulis dari hati.
Aku tidak peduli
kalau puisiku disalah erti
kerana bahasaku bahasa sepi.
Aku tidak peduli
walau aku tidak disanjungi
kerana aku tetap ada harga diri.
Aku tidak peduli
Bagaimana? Apa? Siapa?
yang penting aku menulis
kerana itulah keinginanku.
Aku tidak peduli
kerana sejak azali
beginilah caraku meluahkan rasa hati
maupun menyembunyikan
kisah yang tersurat.
Cahaya Laila
21 Okt 2013
Klang Selangor
Sunday, 20 October 2013
~ JENDELA KAMAR ~
~ Jendela Kamar ~
rantaimu mengunciku
di kota cinta jelmaan
kuterpenjara...terpenjara
tak mampu kulepaskan
kesunyian malam
sungguh meresahkan
sebak sendu dadaku
mengharap sejuta impian
pilu menguasai kalbu
menggigit dingin tubuhku
wajahmu bermain di ingatanku
selimutkanku dengan asmaramu ...
AnnaBf
Taiping
http://youtu.be/WFvNKJq1sDY
rantaimu mengunciku
di kota cinta jelmaan
kuterpenjara...terpenjara
tak mampu kulepaskan
kesunyian malam
sungguh meresahkan
sebak sendu dadaku
mengharap sejuta impian
pilu menguasai kalbu
menggigit dingin tubuhku
wajahmu bermain di ingatanku
selimutkanku dengan asmaramu ...
AnnaBf
Taiping
http://youtu.be/WFvNKJq1sDY
Subscribe to:
Posts (Atom)
.jpg)