Members

Friday 3 May 2013

~ Hadirlah Kasih ~

~ Hadirlah Kasih ~

selautan bercahaya indah
hadir yang kunanti-nantikan
menyemarak haruman kasturi 
di pelosok angkasaraya

butiran-butiran bintang berkedipan
bercahaya indah di langit biru
ditemani sinaran rembulan
singkaplah kasih sayangmu
agar kulencun bermandi
dibayangi seribu keindahan
warna-warna pelangi

dakaplah kuseerat-eratnya
peluklah kusepuas-puasmu
agar kukaram hanyut
dalam helaan nafasmu...

~ Kujejaki pantai rindu, tidak kuhirau bulan di ribaan kerana dirimu sayang ♥ suamiku ♥ yang kudambakan.~

♥ AnnaBf ♥
3/5/2013 ♥ Taiping ♥

No comments:

Post a Comment