Members

Thursday 17 October 2013

~ ANDAI DIRIKU TIADA LAGI ~

Andai Diriku Tiada Lagi..

andai nanti dingin dan sepi
menghujani hatimu bersama rindu
usah titipkan lagi padaku..

andai nanti setia janji kupermisi
berlalu dalam dingin membahang
kurelakan jiwa yang tenteram
tanpa dendam kuhimpunkan
kuhadirkan bahagia menghiasi langkahmu..

andai nanti sepi malam menerjah
kala resah bertalu membawa rindu
simpanlah ia kerana segalanya
telah pun kurelakan berlalu..

andai nanti kenangan hadir sendirinya
lihatlah ke dada langit luas terbentang
pejamkan matamu dengarlah bisikkan bayu
selalu berlagu menyatakan rindu
rindu buatmu kuutuskan membelai
melayarkan perkabaranku untukmu..
andai diriku tiada lagi..........

♡izasya♡

♥Dari Kekasih Kepada Kekasih♥


No comments:

Post a Comment