~ Teja Cinta Bergemang Di Pelupuk Asmara ~
Di hujung kamar redup rindu sepi ini
menanti sirna cahaya kasih aksara
mendakap rembulan kejora impian
menguis suram di kalbu angsana
diulit memori cinta yang lalu
aku di sini bagaikan pelabuhan layar
mengemudi sauh cinta di lautan semu
menganyam bebenang rindu dirasa
mengusik rawan kasih tika dibelai
menggebu raksa impian
di penjara kemilau rindu syahdu asa
tersentuh gemersik membisik sayup
mencari titik noktah kasih pesonamu
dibelenggu asyik panahan jerat cinta
disapa asmara indah
di mata hati ini cinta dipuja di persada
genggami erat jari jemari kasih dibelai
rona-rona mewarnai gelora di hati ini
bertamu kehangatan rindu ditiup bayu
mendesah alunan sayu
tika gerimis mengundang suci cintamu
buih-buih rindu terawang di mahligai
lalu kucuba menggapai seri kasih itu
dan kusematkan di dada percintaan
terpatri abadi di jiwa
di muara kasih bertandukan hiasanku
mencoret warna seri cinta di jiwamu
melakar lukisan di dinding kerinduan
dengan lirik-lirik nyanyian kasihku
bergema dalam ikatan berkasih
terbentang meluas semarak kasihmu
berkemuning tangkai cinta dipegun
yang hanya bersaksikan tinta rindu
terukir di sukma biasan kesyahduan
yang menyelubungi nuraniku
renjisan kasih yang dipadu sanubari
membasahi pipi rindu di kanvas lagi
sekelumit bicara merindu dipalumu
mencurah cinta di perdu kasmaran
tertancap ranggi berkasih
mungkinkah derapan cinta dimilikiku
tatkala dilafaz rindu yang digelangi
kedengaran menjauh dalam buram
menguis renda luka yang berlalu
dalam kasih sejati...
'Teja Cinta Bergemang Di Pelupuk Asmara'...di muara kasih dan rindu..aku berdiri kaku...
03hb Nov 2013 Ahad
9.36pm
cahayasyahadah♥♥
Members
Sunday, 3 November 2013
~ PANTUN SANTAI BOLA ~
PANTUN SANTAI BOLA
Sedap kepalang memakan laddu,
minum air di pasar gesel;
Kelantan Pahang akan beradu,
pemenangnya di akhir tiupan wisel.
Duduk makan buah kuini,
dalam tuala buah berangan;
sunyilah pekan malam ini,
semuanya bola punya penangan.
Burung belatuk hinggap di pohon,
di pohon nangka termenung si itik;
suami tercatuk duduk menonton,
isteri mencuka di dalam bilik.
Hisap rokok di tepi halaman,
bersama teman duduk bersembang;
waktu seronok gol dijaringkan,
cawan kopi jangan sampai terbang.
Buah kelapa di atas para,
di tepi dupa si buah tamar;
walau siapa pun menjadi juara,
semangat kesukanan jangan dicemar.
Qalam Bertinta
Klang
03112013
1327pm.
Sedap kepalang memakan laddu,
minum air di pasar gesel;
Kelantan Pahang akan beradu,
pemenangnya di akhir tiupan wisel.
Duduk makan buah kuini,
dalam tuala buah berangan;
sunyilah pekan malam ini,
semuanya bola punya penangan.
Burung belatuk hinggap di pohon,
di pohon nangka termenung si itik;
suami tercatuk duduk menonton,
isteri mencuka di dalam bilik.
Hisap rokok di tepi halaman,
bersama teman duduk bersembang;
waktu seronok gol dijaringkan,
cawan kopi jangan sampai terbang.
Buah kelapa di atas para,
di tepi dupa si buah tamar;
walau siapa pun menjadi juara,
semangat kesukanan jangan dicemar.
Qalam Bertinta
Klang
03112013
1327pm.
~ CERITA INI ~
CERITA INI.
Cerita ini cerita bisu
hanya bercerita tak mampu bersuara
kata bermain di minda
nada bergumam di lubuk hati.
Cahaya Laila
3 Nov 2013
Klang Selangor.
Cerita ini cerita bisu
hanya bercerita tak mampu bersuara
kata bermain di minda
nada bergumam di lubuk hati.
Cahaya Laila
3 Nov 2013
Klang Selangor.
Saturday, 2 November 2013
~ CINTA YANG KUTINGGALKAN DI BANJARAN TITIWANGSA ~
CINTA YANG KUTINGGALKAN DI BANJARAN TITIWANGSA
Aku kembali lagi
ke daerah ini
menyusur denai-denai kenangan
yang pernah kita lalui
tika cinta bersatu
di Banjaran Titiwangsa.
Permatang kasih itu masih ada
di situ, kita duduk bercerita
tentang kita
tentang cinta
tentang harapan
kita pun tersenyum
dan banjaran itu pun
turut sama tersenyum.
Denai itu masih kuselusuri
bauan tubuhmu masih ada
dan pada setiap helaian daun kemuning
larik senyummu masih di situ
sopan dan meredup
pun di akhir denai itu
telah kusedari
aku hanya sendiri
menelusuri jejak
yang telah lama kita tinggalkan.
Banjaran Titiwangsa itu
masih di situ
menanti cerita baru
yang pastinya akan terungkap
di denai yang sama
namun dengan kisah yang berbeza.
Qalam Bertinta
Klang
02112013
0859am
Aku kembali lagi
ke daerah ini
menyusur denai-denai kenangan
yang pernah kita lalui
tika cinta bersatu
di Banjaran Titiwangsa.
Permatang kasih itu masih ada
di situ, kita duduk bercerita
tentang kita
tentang cinta
tentang harapan
kita pun tersenyum
dan banjaran itu pun
turut sama tersenyum.
Denai itu masih kuselusuri
bauan tubuhmu masih ada
dan pada setiap helaian daun kemuning
larik senyummu masih di situ
sopan dan meredup
pun di akhir denai itu
telah kusedari
aku hanya sendiri
menelusuri jejak
yang telah lama kita tinggalkan.
Banjaran Titiwangsa itu
masih di situ
menanti cerita baru
yang pastinya akan terungkap
di denai yang sama
namun dengan kisah yang berbeza.
Qalam Bertinta
Klang
02112013
0859am
Friday, 1 November 2013
~ PANTUN CINTA ~
PANTUN CINTA
Ke Pondok Tanjung menebang rumbia,
si dara menganyam berselendang baldu;
cintamu kujunjung di jemala setia,
kasihmu tersulam di bebenang rindu.
Tumbuh melata si pucuk paku,
daun pegaga dipetik tangan;
engkau tercipta hanya untukku,
untukmu juga aku dilahirkan.
Turun ke sawah memasang pelita,
sekapur sirih jadi kunyahan;
kukucup sebuah rasa cinta,
di perdu kasih janji kuikrarkan.
Pelepah dikerat di tengah halaman,
senja menjengah suasananya hening;
cintaku sarat dengan impian,
di pelamin indah kita bersanding.
Memasang jerat di pinggir hutan,
umpan dimakan si anak tapir;
di laut di darat telah kulaungkan,
di dada awan namamu kuukir.
Qalam Bertinta
Klang
01112013
2149pm
Ke Pondok Tanjung menebang rumbia,
si dara menganyam berselendang baldu;
cintamu kujunjung di jemala setia,
kasihmu tersulam di bebenang rindu.
Tumbuh melata si pucuk paku,
daun pegaga dipetik tangan;
engkau tercipta hanya untukku,
untukmu juga aku dilahirkan.
Turun ke sawah memasang pelita,
sekapur sirih jadi kunyahan;
kukucup sebuah rasa cinta,
di perdu kasih janji kuikrarkan.
Pelepah dikerat di tengah halaman,
senja menjengah suasananya hening;
cintaku sarat dengan impian,
di pelamin indah kita bersanding.
Memasang jerat di pinggir hutan,
umpan dimakan si anak tapir;
di laut di darat telah kulaungkan,
di dada awan namamu kuukir.
Qalam Bertinta
Klang
01112013
2149pm
~ BANGSAT ~
BANGSAT
Bangsat
engkau curi keringat
dari satu bakat
kemudian engkau terjemahkan dalam ayat
yang kemudiannya engkau angkat
kononnya untuk memartabat
seni yang punya darjat
sedangkan engkaulah musibat
yang mencemar adab dan adat
budaya sastra yang penuh hikmat.
Harta ini bukan milik kamu
ia adalah milik orang berilmu
membudaya bahasa tanpa ada jemu
memerah otak tanpa semu
juga tanpa ada istilah tewas yang bertamu .
Bangsat
jangan kerana engkau mencipta kebodohan
engkau menjadikan hak milik sebagai sandaran
kerana cara tidak pernah menghalalkan perbuatan
biar berjuta alasan yang engkau berikan
satu penipuan tidak boleh engkau halalkan
walaupun pun bertunjangkan alasan
dan pembohongan engkau jadikan teman.
Qalam Bertinta
Klang
01112013
1011am
Bangsat
engkau curi keringat
dari satu bakat
kemudian engkau terjemahkan dalam ayat
yang kemudiannya engkau angkat
kononnya untuk memartabat
seni yang punya darjat
sedangkan engkaulah musibat
yang mencemar adab dan adat
budaya sastra yang penuh hikmat.
Harta ini bukan milik kamu
ia adalah milik orang berilmu
membudaya bahasa tanpa ada jemu
memerah otak tanpa semu
juga tanpa ada istilah tewas yang bertamu .
Bangsat
jangan kerana engkau mencipta kebodohan
engkau menjadikan hak milik sebagai sandaran
kerana cara tidak pernah menghalalkan perbuatan
biar berjuta alasan yang engkau berikan
satu penipuan tidak boleh engkau halalkan
walaupun pun bertunjangkan alasan
dan pembohongan engkau jadikan teman.
Qalam Bertinta
Klang
01112013
1011am
~ SELAMAT HARI LAHIR BIDADARIKU ~ (Kudidekasikan puisi ini untuk isteriku Cahaya Laila sempena Ulang Tahun Kelahirannya)
SELAMAT HARI LAHIR BIDADARIKU
(Kudedikasikan puisi ini untuk isteriku Cahaya Laila sempena Ulang Tahun Kelahirannya)
November datang lagi
engkau masih berdiri di sini
senyummu tidak pernah mati
syukurmu tidak pernah usai
engkau kebanggaan kami
engkau juga kegembiraan kami
pun engkau segala-galanya bagi kami.
Aku juga masih di sini
berdiri di sampingmu
mengucup keningmu
memeluk erat tubuhmu
membisikkan ke telingamu
betapa aku terlalu mencintaimu.
Kita akan sentiasa di sini
untuk November musim yang mendatang
agar akan dapat kuucapkan kembali
“Selamat hari lahir” buatmu
dan kembali membisikkan
kata-kata cinta buatmu.
Selamat Hari Lahir bidadariku
dan akan sentiasa menjadi bidadariku
untuk selama-lamanya.
Qalam Bertinta
Klang
01112013
0941am
(Kudedikasikan puisi ini untuk isteriku Cahaya Laila sempena Ulang Tahun Kelahirannya)
November datang lagi
engkau masih berdiri di sini
senyummu tidak pernah mati
syukurmu tidak pernah usai
engkau kebanggaan kami
engkau juga kegembiraan kami
pun engkau segala-galanya bagi kami.
Aku juga masih di sini
berdiri di sampingmu
mengucup keningmu
memeluk erat tubuhmu
membisikkan ke telingamu
betapa aku terlalu mencintaimu.
Kita akan sentiasa di sini
untuk November musim yang mendatang
agar akan dapat kuucapkan kembali
“Selamat hari lahir” buatmu
dan kembali membisikkan
kata-kata cinta buatmu.
Selamat Hari Lahir bidadariku
dan akan sentiasa menjadi bidadariku
untuk selama-lamanya.
Qalam Bertinta
Klang
01112013
0941am
Subscribe to:
Posts (Atom)
.jpg)
