Members

Friday 11 January 2013

~ Cinta Bukan Begitu Dan Begini ~

CINTA BUKAN BEGITU DAN BEGINI

Perlukah aku memetik bintang-bintang
untuk kujadikan kerongsang di dadamu
atau perlukah aku menyulam buih-buih ombak
agar dapat kujadikan kalungan indah di lehermu
hanya untuk membuktikan satu cinta
yang telah aku berikan padamu
dengan segala rasa jujur yang ada
dan yang tidak pernah ada garis sempadannya.

Perlukah aku
meminjam warna-warna pelangi
untuk kujadikan selimut tidurmu
agar dinginnya malam
tidak sesekali dapat menyentuh tubuhmu
moga lenamu nanti
sentiasa dalam ulitan mimpi yang indah.

Perlukah semuanya itu kulakukan
hanya diatas satu nama cinta
kerana cinta bagiku bukan begitu begini
bukan juga mahukan itu ini
dan cinta juga bukan untuk diduga
bukan juga untuk dinilai
tetapi ianya untuk dirasai
untuk diselami
pun juga untuk dimengerti
tapi bukan untuk diuji.

Qalam Bertinta
11012013
1229pm

No comments:

Post a Comment