Members

Friday 11 January 2013

~ Kenangan Itu Milikku ~

KENANGAN ITU MILIKKU

Maafkan aku
kerana masih lagi menyimpan
tiap detik kenangan 
yang pernah kita lalui bersama
kerana kenangan itu
terlalu indah untuk kulupakan
dan dengan hanya memiliki kenangan itu
sudah cukup untuk aku mengingati
yang kaupernah hadir dalam hidupku
pada satu waktu dulu
biarpun ianya seketika cuma.

Qalam Bertinta
11012013
1239am

No comments:

Post a Comment