Members

Saturday 9 November 2013

~ RINDUKU TERUKIR NAMAMU ~

Rinduku Terukir Namamu..

keheningan malam berulang kembali
bagaikan sumbang tangisan kerinduan
tanpa sebaris namamu kelihatan
jiwaku di lambung resah
di gongcang badai ketandusan..

menjulang-julang rindu hadir
saat kucuba menyendiri
mendamaikan rindu wajahmu
seakan terlihat di setiap renunganku..

kerinduan ini milikmu..untukmu
tiada kedua tersasar arah
kerana telah kuukirkan di segenap
rongga jiwa dan kukuncikan
segalanya nafas rinduku
hanya buatmu teristimewa..

biarpun seabad lamanya
hanya hati bisa menjaga
rindu yang tidak kelihatan
namun sering mengharum
dari kejauhan kautetap ilhamku
cahaya di setiap senyumanmu
adalah kebahagianku selamanya..

kerana takdir kauhadir untukku
kerana suratan izinkan kumerinduimu
dirimu bak mentari sinar di kegelapanku
memahyungi kala tawa dan tangisku
di setiap waktu kerinduan terukir namamu…

♡izasya♡

Dari Kekasih Kepada Kekasih


No comments:

Post a Comment