Members

Thursday 13 June 2013

~ CINTA ABADIKU ~

Cinta Abadiku..
saat aku tengelam dalam syahdu cintamu
aku dibuai alunan semesta alam
aku di hanyutkan alunan ombak
gemersik nyanyian rindu..
kehadiranmu mengubah segalanya
membawa sejuta keindahan buat diriku
sentiasa memberi senyuman setiap kali
terdengar bisikan suaramu..
kaumemberiku cahaya terlalu indah
untukku bernafas di setiap sinarnya
kauundangkan bahagia agar aku
sentiasa tenang di perlabuhan
rasa kasih di dalam hatimu..
kini mentari itu tersembunyi
bagaikan tidak sudi menampakan
seri untuk kubernafas lagi
semakin menjauh dariku..
maafkan aku kerana dalam diam
telah kuselami lautan fikiranmu
telah kekesejukan kocakkan rasa jiwamu
telah kukebasahan pasang surut lakumu
telah kumengerti gelombang rasa bersalahmu
kerana aku rasakannya sayang..
kini kuberteman puisi indah
kaulakarkan untukku menjadi
mengubat sendu jiwaku
entah sampai kapan bisa kutahan
tentang perasan hatiku
seringkali berhadapan denganmu..
hanya tuhan saja mengerti
isi hatiku yang setiap waktu
berperang dengan suasana
engkaulah cinta abadiku…
..izasya..
~Dari Kekasih Kepada Kekasih~

No comments:

Post a Comment