Members

Saturday 15 June 2013

~ MASIH ADAKAH SUARA CINTA UNTUKKU ~

Masih Adakah Suria Cinta Untukku..

di balik mentari aku menyendiri
mendamaikan hati dan jiwa
kian amuk gelodak penasaran..

seluruh alam semakin segan
menyapaku luruh jantungku
membuatkan bulan dan bintang
tidak sudi melihatku..

aku menjadi lemas kerana
seluruh nafasku di bawa olehmu
langkahku pelahan-lahan kaku
rasa cinta dan rindu sumbang bertalu..

kupujuk diri sendiri menginsafi
lupakan keresahan berlaku
biarlah karam di bawa waktu..

untuk apa menghadirkan benci
kerana aku sedia tunduk mengalah
demi sebuah persahabatan
yang manis kujadikan penjagaran
yang pahit tak usah disimpan..

keranamu kurela membasuh dukalara
biarlah cinta yang di damba
hadir daripada pencipta
kupohon tak kan ada lagi luka
dan redha yang akan tiba
pada setiap dukacita..

akan kutunggu saat suria cintaku
kembali terjalin seperti janji
yang telah kita simpulkan
namun aku pasrah menanti
dengan persoalan demi persoalan
masih adakah suria cinta untukku …

..izasya..

~Dari Kekasih Kepada Kekasih

No comments:

Post a Comment