DAN ANGIN PUN MEMBENARKAN
Ada titisan jernih
yang menghangatkan pipiku
tika sebaris kata-katamu yang terungkap
di saat aku masih lagi bertatih
menapak di hamparan cinta
yang engkau bentangkan .
yang menghangatkan pipiku
tika sebaris kata-katamu yang terungkap
di saat aku masih lagi bertatih
menapak di hamparan cinta
yang engkau bentangkan .
Dan ketika langkah kuhentikan
aku cuba mencari kebenaran
dalam kata-katamu itu
…apakah engkau yang berbicara
atau deru angin yang telah menggugurkan
bait-bait indah ungkapanmu
hingga menjelma menjadi api
yang membakar seluruh perasaanku
rentung…jadi debu yang berserakan.
aku cuba mencari kebenaran
dalam kata-katamu itu
…apakah engkau yang berbicara
atau deru angin yang telah menggugurkan
bait-bait indah ungkapanmu
hingga menjelma menjadi api
yang membakar seluruh perasaanku
rentung…jadi debu yang berserakan.
Dalam langkah yang engkau tinggalkan
aku jadi mengerti
bahawa semuanya adalah benar
aku jadi mengerti
bahawa semuanya adalah benar
…dan deru angin itu juga
semakin membenarkan.
semakin membenarkan.
Qalam Bertinta
07062013
1621pm
07062013
1621pm
No comments:
Post a Comment