Members

Wednesday 26 June 2013

~ INDAHNYA KASIHMU ~

Indahnya Kasihmu..

dalam kehangatan dakapan senja
kumerunung ke langit nan biru
naluri kuberbisik bisakah
aku tempuhi semarak malam
penuh kenangan tanpa hadirmu..

hanya irama hati dan jiwa
begitu memahami perasaan
yang menjulang-julang setiap kali
kelam malam menutupi dada langit..

duhai jiwa..
kemanakah arah ingin kubawa hatiku
kemanakah langkah untuk kuhentikan
serta melabuhkan seluas impian
tanpa dirimu di sisiku..

hidup terlalu perit
jiwa bagaikan sengsara
sukar untukku huraikan
isi kandungannya..

engkau telah terlalu jauh
pergi dariku sukar untukku menerima hakikat
kerana padaku kauselalu ada dalam
ingatan bersama kenangan lalu
terbina antara engkau dan aku
suatu waktu bersemi seiras bayang dan mentari..

..izasya..

~Dari Kekasih Kepada Kekasih~

No comments:

Post a Comment