Members

Monday 5 August 2013

~ ENGKAU CAHAYA LAILAKU ~

ENGKAU CAHAYA LAILAKU

Engkaulah yang selalu hadir
menyelak kelambu rinduku
dengan selarik senyum
sambil menggamit aku
untuk dekat kepadamu.

Engkau jugalah yang selalu ada
tika resah mula mengintaiku
untuk memujuk dan mendamaikan
dengan lembut bicaramu
dan dengan usapan manjamu.

Engkau pasti akan sentiasa ada…bersamaku
pada tiap detik yang kuperlukan
kerana aku tahu
di sisiku tempatmu
dan di sisimu jua tempatku.

Qalam Bertinta
Klang
04082013
1047am

No comments:

Post a Comment