Members

Sunday 25 August 2013

~ WANITA : ATAS NAMA KEWUJUDANMU ~

WANITA : ATAS NAMA KEWUJUDANMU
(Puisi ini kudedikasikan kepada semua wanita sempena Hari Wanita 2013)

Wanita
engkau diwujudkan atas nama sebuah sunyi
engkau wujud atas nama sebuah rindu
engkau primadona dunia dan syurga
engkau penggegar dunia dalam kelembutanmu
engkau bersuara keras seiring senyummu
engkau tetap tertawa biar hatimu menangis
engkau juga adalah anugerah terindah
dan cukup sempurna yang Dia berikan.

Wanita
dalam lembutmu ada kekentalan semangat
dalam tangismu ada matlamat
dalam redup wajahmu ada impian
dalam sopan langkahmu ada kudrat
dalam diammu ada makrifat
dan dalam kasihmu ada cinta seteguh Khadijah.

Wanita
usah engkau cemar kemuliaanmu
usah engkau noda adab susilamu
usah engkau gegar akan imanmu
usah engkau tewas dalam duniawimu
usah engkau mungkir dalam fitrahmu
kerana engkau adalah kesempurnaan hakiki
yang pernah ada
dan sentiasa ada selama-lamanya.

Qalam Bertinta
Klang
25082013
1035am

No comments:

Post a Comment