~ Arjuna Kalbu ~
naluriku berdetik
meronta keresahan
mengimbau kenangan
tautan kasih mesra
belaian sentuhan manja
dikau terpatri di kalbu
sentiasa di sisiku
tiada syak keraguan
ketulusan kasih sayangku
hanyalah untukmu
umpama sinaran mentari
menyinari di pagi hari
indah berseri-seri
mekar harum mewangi
di taman sanubari
Arjuna... hanya dikaulah yang bertahta di hatiku.
AnnaBf
Taiping ~15/9/2013
http://youtu.be/VitfIWfKA-s
No comments:
Post a Comment