Members

Tuesday 3 September 2013

~ PANTUN ENAM KERAT ~

PANTUN ENAM KERAT

Belayar bahtera ke Teluk Medan,
singgah di Dumai mencari bahulu,
di Tanjung Gemuk membeli tapai;
hidup sejahtera jadikan amalan
hormat menghormati disemai selalu
kemuafakatan majmuk akan tercapai.

Di hujung tanjung airnya tenang,
menanam halia dan serai wangi,
niat di hati untuk didagang;
jasa disanjung budi dikenang,
sifat yang mulia dipandang tinggi,
hingga ke mati diingat orang.

Habis menarah letih terasa,
singgah di pengkalan mencari durian,
kerana teringat pesanan bonda;
sungai anugerah dari Yang Esa,
untuk tinggalan generasi kemudian,
usahlah dicemar usah dinoda.

Solat maghrib di waktu senja,
wirid dan zikir pada Yang Kuasa,
kerana memberi segala kurnia;
usah dipinggir kaum remaja,
kerana mereka pewaris bangsa,
membawa negara ke mercu dunia.

Qalam Bertinta
Klang
02092013
2149pm

No comments:

Post a Comment