Members

Saturday 7 September 2013

~ DI MANA ~

DI MANA

Rahmat jumaat turun menyirami bumi basah ini
siang menunduk penuh syukur pada barakah yang melimpah

aku di mana?

Di hujung hari aku masih berdiri merenung hemisfera ini
jejak-jejak menyimpang masih berbekas di laluan itu

aku di mana?

Detik ini masih berdetak menuntun jarum masa yang berlari
namun di perdu malam bumi berhenti dari bernafas

aku di mana?

Tika kelam dalam penglihatan, aku masih di situ, di hujung hari…memerhati
hemisfera ini sepertinya kecil atau aku manusia kerdil

aku di mana?
di sini?
atau masih-masih saja di sana.

Qalam Bertinta
Klang
06092013
0947am

No comments:

Post a Comment