Members

Saturday 14 September 2013

~ KEPULANGAN YANG DINANTI ~

KEPULANGAN YANG DINANTI

Pergimu tidak mampu untuk kucari
namun kepulanganmu sentiasa kunanti
kerana aku pasti
di sinilah tempatmu untuk berinteraksi
melantunkan suaramu dalam bait-bait puisi
berbagai genre berbagai variasi
untuk kami semua tatapi dan hayati
kerana tarian penamu sentiasa berisi
aksaramu sentiasa berseni
yang sering engkau lahirkan dari hati

...dari nurani.

Selamat kembali.

Qalam Bertinta
Klang
14092013
0003am

No comments:

Post a Comment