Members

Tuesday 2 July 2013

~ ABJAD PUN BERCERITA ~

ABJAD PUN BERCERITA

Kucatatkan di sini satu persatu
abjad kususun semahu hatiku
bercerita mengikut lenggok
tarian tintaku berlagu
dendangan bisu menusuk kalbu.

Biar sumbang iramanya dipandangan
namun inilah lagu hatiku
yang tak mungkin terpadam lagi abjadnya
kerana telah kulorekkan jauh
di dasar hati
cerita-cerita semalam yang indah
cerita-cerita semalam yang pedih.

Saban hari menyusun abjad
untukku kisahkan cerita-ceritaku
keletihan pun bertamu
pelupuk mata kian rapat bertaut
tanda diri mohon beradu…

Cahaya Laila
1 july 2013

No comments:

Post a Comment