Members

Tuesday 30 July 2013

~ RAMADAN ~

Ramadan..

saat ramadan berdiri di kaki anak tangga
terbukalah segala pintu-pintu hati dan jiwa
tersingkap jua segala jendela rasa dari dalam diri..

di sini di hamparan permaidani indah kubersyukur pada-MU
saat kutuangkan manisan ikhlas dalam segelas keimanan
kutadahi kedua telapak tanganku bersama redha memenuhi pinggan rasa..

dengan penuh rasa cintanya
kupersilakan ramadan penuh kemuliaan
hadir dalam rumah hayatku agar aku mampu
menikmati sinar nur penuh dalam keinsafan
yang membawaku merasai keindahan dari syurga
untuk kuhiasi hati serta jiwaku..

namun yang hadir pasti akan pergi
ramadan indah bisakah kutemui lagi
untuk yang sekian kali kerana hadirmu amat kunantikan
dalam penuh kerinduan dan pergimu membuatku sendu
kerana aku tidak pasti masih adakah untukku merasai
ramadan yang mendatang buatku sebagai insani…

..izasya..

~Dari Kekasih Kepada Kekasih~


No comments:

Post a Comment