Members

Wednesday 3 July 2013

~ PERGILAH DUHAI HATI ~

Pergilah Duhai Hati..

kubiarkan hati ini pergi
merawati kelukaannya sendiri
kerana tak terdaya untukku
sentuhinya kembali setelah
kuserahkan padamu menjaganya..

tidak akan kumemilikinya semula
biarlah ia di bawa bayu
kemana singgahannya kuserah
takdir dan suratan menjaganya..

kekecewaanku tiada penawarnya
hanya tangisan sudi mendampingiku
bersama tetesan air mata setia
yang menjadi nadi serta nafasku..

saat kumenafikan pengakhiran cintaku
kubagaikan diselubungi bayangan kusendiri
umpama sang bayu berpatah arah
lemas dalam lautan mainan dusta..

aku tidak sangup menanggung lagi
walupun cintaku ini tiada noktahnya
kurelakannya pergilah duhai hati
tinggalkan aku dalam pelukan derita..

..izasya..

~Dari Kekasih Kepada Kekasih~

No comments:

Post a Comment