Members

Tuesday 16 July 2013

~ ENGKAU CINTAKU ~

Engkau Cintaku..

sesungguhnya terlalu sukar untuk
kumentafsirkan dengan perkataan
malah tidak terdaya untuk kuungkaikan
dengan barisan bait-bait indah
kerana terlalu dalam untuk diumpakan..

rasa rindu ini tidak boleh dipisah dengan benua,
gunung ganang dan lautan-lautan terbentang luas
saat kuingin menyampaikan perkhabaran cintaku
telah kuutuskan pada angin nan bertiup akan ketulisan hatiku,
ketulusan jiwaku untukmu bahawa aku tidak pernah
berhenti sedegup pun jantung ini untuk terus tidak mencintaimu..

tidak perlu engkau bertanya mengapa dan kenapa
kuingin engkau mengerti segala cahaya yang menerangiku kini
adalah terlahir dari dirimu inspirasiku untuk kuterus
mencetuskan sejuta ilham menciptakan puisi-puisi
yang tiada pengakhiran sebuah cinta abadi..

engkau yang kucintai dan kurindui sampai akhirnya..

..izasya..

~Dari Kekasih Kepada Kekasih~

No comments:

Post a Comment